Jumat, 23 November 2012

Formula Makanan Orang Jenius Ala Islam

Khasanah makanan Islam memberikan formula meningkatkan kecerdasan. Tiga jenis makanan yang menjadi rahasia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Banyak yang tidak tahu mengenai 3 jenis makanan tersebut, tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.


Ini didorong oleh penemuan – penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius-genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :
Tiga Jenis Makanan tersebut yaitu:
 1. MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai ” shif’a” yaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar “Raja Obat”, dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesehatan keseluruhannya.
Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesehatan jasmani dan rohani.
Rasullullah s.a.w bersabda, “Siapa ingin hafal,hendaklah ia minum manisan madu”. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit – penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kelelahan kerja otak seperti berfikir, membaca, dan merancang. .
CARA MINUM : 2 sendok teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan semangka ketika mengkonsumsi madu. Sangat berbahaya!
 2. KISMIS
Mengandung zat besi yang sangat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan pasokan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.
CARA MAKAN :
i) Menghadap Kiblat
ii) Baca “Bismillah” dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii) Baca doa penerang hati
iv) Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v) Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.
 3. SUSU SEGAR
Susu berguna untuk kesehatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fisik. Susu mengandung tiga unsur yaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat.
Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh yaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk menjaga kesehatan umum dan merupakan penawar penyakit lupa. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambah akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa.
Susu yang terbaik untuk ketajaman otak ialah susu kambing, biri – biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.
CARA MINUM :
i) Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii) Baca “Bismillah” dan minum susu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar